Thursday, November 24, 2016

Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan pada bulan September 1992. Semenjak penubuhannya, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. terus mengorak langkah dan menjadi jenama yang dipercayai dan dikenali dalam kalangan pengguna Malaysia. Sehingga kini, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. begitu sinonim dengan produk yang berkualiti tinggi dan selamat serta menawarkan pelbagai rangkaian produk hebat seperti penapis air, siri pakaian dalam, produk kecantikan, produk keperluan rumah dan tidak ketinggalan siri produk kesihatan yang terkenal semenjak turun-temurun.



Visi Kami

Di Sahajidah Hai-O Marketing, kami memperkayakan hidup melalui produk berkualiti dan peluang perniagaan yang melangkaui sempadan.

Misi Kami

Kami komited untuk mengubah kehidupan biasa menjadi kehidupan luar biasa melalui produk yang unik dan peluang perniagaan yang berpotensi.

Falsafah Kami

  • Kepuasan Pelanggan: Menyediakan nilai tambah kepada pelanggan dengan menyediakan produk-produk yang berkualiti, dan perkhidmatan kepimpinan.
  • Persaingan: Menitikberatkan kelebihan berdaya saing dan kebijaksanaan dalam usaha mencapai kejayaan dan perkembangan yang berterusan.
  • Budaya Tempat Kerja: Memupuk dan mempertingkatkan dasar pengetahuan dan ilmu dalam persekitaran pekerjaan untuk memantapkan kerja berkumpulan, dan mencapai matlamat dalam menghadapi apa juga cabaran dalam dunia perniagaan.
  • Tanggungjawab: Meningkatkan kepercayaan dan nilai pulangan kepada para pemegang saham.
  • Kemasyarakatan: Menghargai setiap jasa dan penghargaan yang dicurahkan oleh masyarakat. Menyalurkan semula sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk kewangan atau bantuan ehsan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokogan mereka.

Anugerah Korporat


Sin Chew Business Excellence Awards 2013
The Genuine Corporate Award
Program Pengiktirafan Kod Etika Global 2012
Anugerah Bintang Syarikat Harapan 2010/2011